Assalamualaikum wbt.
Setiap penyakit datangnya dari Allah. Setiap penyakit yang menimpa manusia mengandungi hikmah. Di antaranya ialah :
1.Memberi kesedaran dan keinsafan kepada manusia bahawa manusia adalah makhluk yang lemah dan tidak mempunyai kuasa dan kekuatan untuk menyembuhkannya melainkan Allah.
2.Allah ingin menguji sejauh mana kesabaran manusia menghadapi dugaan Allah iaitu melalui penyakit yang diturunkan.
3.Allah ingin mengampunkan dosa manusia yang kita telah melakukan dosa sama ada secara sedar ataupun tidak.
Oleh itu, sebagai insan yang lemah, manusia hendaklah bersabar dan redha di atas dugaan yang telah diberikan Allah dan berusahalah mencari ubatnya sebab Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud 'Tiap-tiap penyakit ada ubatnya kecuali mati'.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud :
'Menziarah/melawat orang yang sakit pada permulaan masa sakitnya itu adalah Fardhu (wajib) dan kemudian daripadanya adalah Sunat, tidak lebih dari 3 hari'.
Islam amat menghargai kita melawat orang sakit terutama jika saudara-mara kita yang sakit. Begitu juga kalau jiran-jiran kita, walaupun jiran kita bukan dari golongan orang Islam.
(Hari ini penulis melawat isteri...Afrah Salwani Hj Jusoh yang akan dibedah esok akibat dua ketulan fibroid- satu di dinding luar rahim dan satu lagi di dalam rahim...semoga Tuhan mencucuri rahmatNya keatas isteriku...Amin )
Sunday, January 10, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment